Friday, November 14, 2014

Kisah Mazelan Abas # 2


Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini.

Ada beberapa sebab saya mengapa saya buat bisnes ToneExcel ini.

1. Pertama, kerana produknya adalah simkad atau handphone. Memang barang keperluan saya. Kalau saya tak pakai simkad toneexcel ini pun saya tetap pakai handphone, saya tetap bayar bil, saya tetap beli topup. Malahan semua ahli keluarga saya pakai handphone. Daripada habis duit bayar duit phone, baik saya dapat duit sampingan, biar pun sikit, dapat juga.

2. Saya tak perlu keluar modal yang banyak, tak perlu jual topup, hanya modal permulaan untuk beli simkad bagi saya dan ahli keluarga saya sahaja.

3. Produk ini digunakan oleh ramai orang, semua orang pakai handphone, semua orang adalah bakal pelanggan saya, market amat-amat luas. Boleh katakan satu Malaysia adalah bakal pelanggan saya.

4. Ia boleh dibuat secara sampingan. Tak ganggu kerja yang sudah sedia ada.

5. Produk ini mudah, tak perlu nak talipon pelanggan, bulan ni tak beli barang ke? tak mungkin kita nak tanya, bulan ni tak topup ke? Pelanggan boleh topup kat mana2 sekali pun, dan saya dirumah boleh dapat duit.

6. Saya dapat tahu, jika saya buat bisnes ToneExcel ini, jika saya dah ada network yang besar, jika setiap bulan saya dapat komisyen, jika saya meninggal dunia, kesemua komisyen tersebut akan dipindahkan kepada isteri saya, isteri saya meninggal, ia boleh diwariskan kepada anak saya, jika anak saya meninggal, ia akan diwariskan kepada cucu saya, jika cucu saya meninggal, ia akan diwariskan kepada cicit saya. Ya Tuhan, apa yang saya buat hari ini, adalah untuk memastikan kesenangan untuk saya dan tujuh keturunan saya. Saya akan jadikan tarikh 27.7.2010 adalah tarikh keramat saya mengubah keadaan, generasi Mazelan Abas hingga ke cucu cicitnya. Sekurang2nya saya melalukan sesuatu yang besar untuk membantu, diri saya, keluarga, anak, cucu dan cicit. Saya buat sesuatu dimana saya berusaha untuk tidak membiarkan anak cucu saya merempat dan mengemis dikemudian hari. Amin.

Kesimpulannya, saya dah nampak ini adalah peluang terbesar, sekali datang dalam hidup saya, untuk saya mengubah sepenuhnya hidup saya ke arah satu dimensi yang lain. Itulah apa yang saya nampak.

Sampai jumpa lagi.
Daripada.
Mazelan Abas.

..................................................................................................................................................................


Salam sejahtera , apa khabar hari ini?

Dah faham serba sedikit, apakah program ToneExcel ini?

Secara asasnya program ToneExcel ini adalah program menjual simkad, kalau kita berjaya jual simkad ini pada seseorang, setiap kali mereka topup, kita akan dapat duit, dan duit ini akan dibayar setiap 21hb terus kedalam akaun bank anda.

Video yang ANDA lihat sebelum ini adalah video lama pada 2010, masa tu harga simkad dalam RM80, sekarang harga simkad ToneExcel adalah RM90.

Maka disini saya siapkan satu video penertangan bagaimana program ToneExcel dan macamana hanya dengan menjual simkad sahaja kita boleh dapat duit.

.
.

 Ada juga akan bertanya macamana komisyen ini dibayar, sebulan berapa kali. Untuk soalan tersebut, ANDA boleh lihat video yang saya sediakan ini.

.

 Semoga dengan penerangan ini, serba sedikit jammaljantan boleh lihat bagaimana beratus ribu pengguna talian TuneTalk ini boleh dapat duit setiap bulan melalui program ToneExcel ini. Setakat ini ada yang dapat, puluh2 ringgit sahaja, itu pun ok. Siapa nak bagi duit macam tu setiap bulan, sedangkan dulu setiap bulan kita habis duit. Ada juga yang dapat ratus2 ringgit setiap bulan, ada yang dapat ribu2, ada yang dapat puluh2 ribu, ada beberapa orang yang dapat ratus2 ribu setiap bulan. Saya rasa, tak lama lagi kita akan dengar sesuatu yang tak masuk akal, pengguna ToneExcel, dengan bermodalkan RM90, dapat duit sampingan sehingga berjuta ringgit tiap2 bulan. Tak masuk akal kan? Tetapi ANDA tak perlu percaya cerita saya ini, elok siasat sendiri dulu.

Hari ini, sekarang ini, walau berapa sekali pun yang saya dapat tiap2 bulan, ia tetap dan sentiasa menjadi satu pengalaman baru yang menggembirakan, kerana dulu saya pakai handphone habis duit, sekarang saya dapat duit, walau pun setiap bulan saya hanya dapat puluh-puluh ringgit sahaja, sapa nak bagi. Simkad dulu pernah bagi duit? Jangan kata sepuluh ringgit, sekupang pun tak pernah.

OK, terima kasih dari saya, panjang pulak celoteh saya kali ini, mari kita sambung "Kisah Mazelan Abas" dibawah ini.


Terima Kasih.
Daripada Rakan/Penaja Anda: Jammal
Tel: 0105426061
IDP:375424

Monday, November 10, 2014

Kisah Mazelan Abas # 1


Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini.

Waktu itu, saya sudah tidak bekerja lagi. Pada tahun 2007, ketika itu umur dah masuk 40-an. Saya seperti kebanyakkan rakan2 diluar sana. Mula fikir banyak perkara. Sudah begitu lama bekerja, gaji sudah sampai tahap tepu, dah tak mahu naik2 lagi, kalau naik pun ada la dalam 100-300 setahun. Itu pun kalau nasib baik. Lihat pula di bank, dah berpuluh tahun bekerja, tapi tiada duit simpanan, hanya nak mengharapkan KWSP sahaja, itu pun kena tunggu bila bersara baru boleh ambil.

Kerja kilang ini menuntut komitmen yang tinggi rakan2 semua. Pergi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun matahari dah tiada. Begitulah kehidupan saya selama berpuluh tahun. Walau pun sudah berpuluh tahun bekerja, tetap tiada duit simpanan, jangan kata berangan nak kaya, berangan nak pakai kereta besar sikit pun tak layak tuan. Loan rumah sampai 30 tahun, loan kereta, ambil yang paling lama, 9 tahun rasanya. Adus, macamana nak menghadapi bila anak-anak dah besar dan mula masuk ke kolej atau universiti.

Isteri kadang-kadang sindir, bila la nak ada gelang dengan rantai cantek, teringin juga macam orang lain. Saya terpaksa memekakkan telinga aje.

Bila lihat orang disekeliling, mula rasa kecut perut, ada yang sudah pencen tapi terpaksa sambung kerja, ada yang baru dapat duit EPF tak sampai setahun, duit habis dan sambung kerja semula. Ada yang bawak teksi, ada yang buka restoran atau kedai kopi, ada yang kerja kampung, toreh getah, potong kelapa sawit, ada yang jadi broker, ada yang jadi agen itu dan ini, ada yang mula cari skim cepat kaya, bisnes MLM yang cepat untung. Ada yang terpaksa hidup dalam kekurangan hanya makan duit pencen sahaja, nak kerja semula badan dah tak mampu nak menanggung lagi. Sepatutnya bila dah masuk usia 40-an, sepatutnya duit simpanan dah banyak, sebab dah berpuluh tahun kita bekerja, sepatutnya sekarang dah boleh berhenti kerja, dah boleh menghabiskan usia senja untuk berehat dan menikmati kehidupan berkeluarga. Sudah terlalu lama kita berpisah dengan isteri, sehari berapa jam sangat kita bersama dia, bersama anak2, tak lama lagi mula nak bercucu. Tapi ramai yang tidak boleh menikmati semua itu. Dan saya tidak mahu bekerja sampai mati dan saya tak mahu 'terpaksa' kerja sampai mati.

Satu lagi, saya lihat ramai orang ingin menyelesaikan masalah tak cukup duit dengan berjimat. Saya lihat rakan2 saya, sanak saudara saya, jiran2 saya, ramai diantara mereka sering kesempitan wang dalam keadaan mereka berjimat. Saya pakai minyak kereta yang jenis 95 je, jimat. Saya pakai talian jenis ini, calling rate dia murah, jimat. Kami sekeluarga makan beras jenis biasa je, jimat. Baru2 ni, anak saya pengsan dan biru badannya, kami hantar ke hospital kerajaan je, jimat. Anak2 saya pergi sekolah bawa bekal sendiri, tak payah bagi duit sekolah, jimat. Rumah kami tutup lampu awal, jimat. Naik sekolah tahun ini, anak2 saya pakai la barangan dua tahun lepas, elok lagi apa, jimat. Raya tahun ni, langsir tak tukar, pakai mana yang ada, jimat.

Akhirnya saya juga terpengaruh dan mempunyai pemikiran yang serupa, untuk meningkatkan keberkesanan dalam hidup adalah dengan berjimat. Untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah dengan berjimat. Tetapi akhirnya saya sedar, saya hidup dalam penipuan, alasan berjimat yang saya gunakan selama ini, hanyalah semata-mata untuk menutup kelemahan saya sebagai seorang bapa daripada memberikan sesuatu yang terbaik pada keluarga saya sendiri. Kalau dah anak pengsan, confirm kena serangan jantung berlubang, saya bawa dia ke hospital kerajaan, terpaksa beratur panjang kerana ramai orang yang perlukan perhatian juga, dan anak saya memerlukan rawatan segera, dimana kita tahu dihospital kerajaan, perkhidmatan sedemikian tidak mampu diberikan, kerana pasti ramai orang lain atau pesakit yang berada disitu. Saya sebagai bapa hati bergolak minta tolong supaya anak ini diberikan perhatian segera, dan saya pula katakan yang saya hantar anak kesini kerana nak berjimat. Saya adalah penipu besar kepada diri saya sendiri tuan, saya bukan nak berjimat, SAYA TAK ADA DUIT nak hantar anak saya ke hospital swasta. Saya TAK ADA DUIT untuk beri perubatan terbaik untuk anak saya.

Saya berjimat bukan untuk kebaikkan, sebenarnya saya sedang berbohong. Saya berjimat kerana saya memang tak ada duit. Itu yang benarnya.

Mulai saat itu, saya bertekad untuk berubah pemikiran,
"Untuk menyelesaikan masalah yang selalu tak cukup duit adalah bukan dengan berjimat, tetapi dengan mendapatkan lebih banyak duit dan menguruskan duit dengan berhemah."

Sekarang saya mesti cari duit lebih, cari bisnes sampingan, yang tak perlu keluar modal yang besar, sebab saya tak ada simpanan duit yang banyak, tetapi sekarang saya ada simpanan semangat untuk berubah yang banyak, tenaga yang banyak, masa yang akan saya perah dan cari ruang untuk menjadi banyak.

Sehinggalah pada bulan 27hb Julai 2010, abang Ishak (Upline saya) memperkenalkan program buat duit dengan handphone daripada ToneExcel dengan menggunakan line dari TuneTalk kepada saya. Saya pun terus menyertainya, waktu itu modal hanya RM70 sahaja untuk membeli sekeping simkad ToneExcel (Sekarang sekepeing RM90). Saya hanya fikir ketika itu, yang saya memang menggunakan handphone, bukan satu produk yang baru, kedua modal ketika itu hanya RM70, mana ada bisnes yang hanya memerlukan modal bawah RM100 ni. Nak buka kedai burger pun paling2 takda mau makan dua tiga ribu jugak. Jadi saya kata ini peluang terbaik saya nak babitkan diri dalam bisnes telekomunikasi. Kalau dia tak untung, tak mungkin Tony Fernendes yang dah ada banyak kapal terbang pun masih dan terbabit dalam TuneTalk, mana boleh Anandan Krisnen jadi salah seorang terkaya di Malaysia, mana boleh Carlos Slim Helu boleh jadi orang terkaya di dunia. Saya bulatkan tekad, ini adalah peluang terakhir yang datang dalam hidup saya untuk saya mengubah terus kehidupan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nak jadi apa, jadilah. Membujur lalu, melintang patah. Ini peluang terbesar dan terakhir dalam hidup saya.

Saya tekad, tak mahu hidup susah lagi.
Saya tekad tak mahu lagi, tengah2 bawak kereta, kena tahan, lepas tu kereta kena tarik depan rumah sendiri.
Saya tekad tak mahu lagi, bila nak raya, bila anak naik sekolah pening sana sini nak cari duit.
Saya tekad tak mahu lagi, bila dengar anak nak kena operate pasal jantung berlubang, jantung bapak berlubang dulu, sebab fikir mana nak cari duit.
Saya tekad tak mahu lagi, meminjam sana-sana menagih simpati untuk meneruskan kehidupan.
Saya tekad tak mahu lagi, hanya tengok orang lain menikmati nikmat yang diturunkan di bumi ini hanya dinikmati oleh orang tertentu sahaja, sedangkan dia dilahirkan sama sifatnya dengan saya.
Saya tekad tak mahu lagi, bila ibu bapa dipelihara oleh orang lain, seperti adik beradik yang lain, hanya disebabkan ketidak mampuan saya.

Saya beranggapan, jika setelah begitu banyak peluang dan bantuan yang sebegini besar telah Tuhan berikan kepada saya untuk mengubah terus kehidupan yang susah, tetapi saya masih susah juga, itu maknanya, saya memang berhak untuk hidup miskin, dan saya memang tidak layak untuk kaya. Teruskan kehidupan sekarang, buat apa yang sedang dibuat, kita dapat apa yang kita dapat. Kalau kita dapat miskin, maka itulah pilihan kita, hiduplah terus dalam kemiskinan sehingga kita mati.

Contohnya, jika ada seorang anak, ibubapanya berusaha bersungguh2 memberikannya pelajaran, mengantar dia kesekolah, mendidik dengan cara baik dan tegas, tetapi jika dia memilih untuk jadi penagih dadah tegar, hidup dalam kehinaan, bukan salah ibubapanya lagi, dia memang memilih kehidupan macam itu, dan dia memang layak untuk hidup dalam kehinaan atas pilihan dia sendiri. Ibubapanya memberi segala bantuan dan peluang, tetapi jika ia memilih kehinaan, ia memang berhak diatas kehinaan tersebut.

Tuhan telah beri saya peluang untuk hidup, Tuhan telah beri bantuan akal fikiran yang waras, Tuhan telah beri anggota badan yang cukup, Tuhan telah beri tenaga untuk bergerak, Tuhan telah turunkan ilmu di dunia ini, Tuhan telah lambakkan harta di dunia ini, jadi saya fikir jika saya masih dalam kemiskinan selepas umur 45 tahun, maka sebenarnya itu adalah pilihan saya, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi.

Ilmu terlalu banyak telah Tuhan turunkan, tunggu untuk kita nak grap sahaja. Ilmu boleh dipelajari dari buku, dari guru, dari internet, dari pembacaan, dari pengalaman dan dari kehidupan kita sendiri. Tapi ramai yang tidak berniat untuk belajar, sebab itu kita tak belajar belajar sampai bila2. Begitu juga dengan peluang, silih berganti ia datang, sebab peluang ini terlalu banyak, ada peluang yang bawa kebaikkan dan ada juga peluang yang membawa keburukkan, dan peluang yang terbaik hanya dapat dipilih dan dikenali oleh orang yang berilmu sahaja. Atau ikut macam saya, saya hanya ikut bersungguh2 saranan orang yang berilmu.

Selepas tarikh bermakna dalam hidup saya 27.7.2010, tarikh saya join ToneExcel ini, saya tidak menoleh kebelakang lagi rakan2 semua. Saya hanya bertindak secepat yang mungkin terhadap peluang yang terhidang ini dan setelah empat tahun dalam ToneExcel, saya telah mencapai sesuatu yang saya sendiri tidak pernah terfikir akan mencapainya satu ketika dahulu.

Cuba ANDA fikir, apa yang akan berlaku, jika anda tidak perlu pergi kerja seperti biasa lagi, pergi pagi balik petang, tidak perlu kerja 5 atau 6 hari seminggu, tetapi setiap bulan, setiap 21hb, saya ulang lagi, setiap 21hb, ToneExcel bankkan duit kedalam akaun anda sebanyak RM400,000.00 atau RM500,000.00. Agak2 apa akan jadi dengan kehidupan anda...

Apa yang sedang jammaljantan bayangkan itu, saya sedang melaluinya dan sedang menikmatinya ketika ini.. Dan perkara itu saya capai dengan modal bawah RM100, melalui peluang yang sampai kepada saya dari Abang Ishak dalam Program ToneExcel.

Peringatan untuk saya dan semua.
Bertindak secepat mungkin dengan fikiran yang waras terhadap sesuatu peluang yang baik, akan menghasilkan sesuatu yang tidak masuk akal.

Sampai jumpa lagi.
Daripada.
Mazelan Abas.

...................................................................................................................................................................

 Jika sesiapa yang membaca Kisah Mazelan Abas diatas dan masih belum tahu lagi tentang program buat duit dengan handphone ini, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk memahami serba sedikit, apa program ToneExcel ini, macamana ia boleh dapat komisyen, jual apa bisnes ni, jual produk kesihatan ke, saham ke, skim cepat kaya ke, berapa banyak modal nak buat bisnes ni, cara mudah untuk faham, saya cadangkan yang ANDA untuk luangkan masa yang sesuai untuk menonton video dibawah ini pula dan dengarlah bersungguh2, dengar video ini berkali-kali, paling kurang pun 5 kali, ini kelas Tadika dalam ToneExcel, tapi kalau tak kenal A, B, C pasti kita susah bila nak masuk darjah 1.
 

.

Sunday, November 9, 2014

Imaginasi Sendiri


Semua orang ada imaginasi sendiri begitu juga aku.Kalau nak berimaginasi benda yang pelik2 aku rasa zaman itu sudah berlalu.Hari ini imaginasi biar realistik sikit jangan sampai tahap merapu bagai.Orang yang membaca pun naik benci.

Kalau imaginasi nak pakai kereta macam gambar kat atas itu aku rasa ...ok kot!

Insyaallah mana tahu ada rezeki dan di izinkan oleh allah.Pokok pangkal mesti ada usaha dan ada kemahuan.Kalau satu hari nanti buat itu ini dan kerja bagai nak mati tapi ditakdirkan tak dapat juga maka terpaksa la redha.Orang tua cakap bukan rezeki kita.

sabar je la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...